Monday, January 08, 2018

RESEPI AYAM MASAK ARCIK

Ayam pedaging atau ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.


RESEPI AYAM MASAK ARCIK



BAHAN BAHAN
1 ekor ayam, dipotong 12
Sedikit garam
2 biji tomato, dikisar
Sedikit kicap
Minyak untuk menumis
Sedikit daun salam
½ camca teh cuka
Sedikit gula       

BAHAN DIKISAR
9 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
1 camca besar ketumbar
1 camca teh lada sulah

PROSES PENYEDIAAN
Perap ayam bersama garam, tomato dan kicap setengah jam. Panaskan minyak di dalam kuali.

Tumis bahan-bahan dikisar hingga naik bau. Masukkan ayam dan daun salam. Kecilkan api dan tutup kuali.

Kacau sekali-sekala. Apabila kuah pekat, masuklah cuka, gula dan kicap. Kacau rata. hias dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment