Ayam goreng ialah
daging ayam yang dicelup ke dalam salutan, kemudian digoreng jeluk, digoreng
kuali atau digoreng tekanan. Salutan tersebut mengekalkan air daging sambil
menyerap lemak ayam. Daging ayam itu boleh ditanggalkan tulangnya dan/atau
dikupas kulitnya, atau sebaliknya.
RESEPI AYAM GORENG BASAH
500 gram ayam
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2 keping asam keping
stok ayam(jika suka)
minyak untuk menumis
air secukupnya
garam
gula
serbuk kunyit
perasa
PROSES PENYEDIAAN
ayam dipotong kecil-kecil dan digaul bersama
dengan serbuk kunyit. perap selama setengah jam.
panaskan kuali dan masukkan ayam yang diperap
tadi, masukkan sedikit air. masukkan asam keping, garam, gula, serbuk
perasa dan stok ayam.
tutup kuali dan biarkan ayam empuk.
apabila air agak kering, masukkan minyak masak.
kacau ayam tadi dan masukkan bawang besar,
bawang putih dan cili merah yang telah dipotong kecil-kecil. kacau lagi
sehingga naik bau.
No comments:
Post a Comment