AYAM PEDAGING
Ayam pedaging atau ayam daging
(broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran
daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan.
Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur
lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat
boleh sembelih pada umur 14 minggu.
Ayam pedaging juga dipelihara hingga
matang dan tua tetapi tetap menghadapi isu kebajikan yang berkenaan dengan kesusahan
hati disebabkan dorongan makan yang tinggi serta perapian paruh. Ayam pedaging
biasanya diternak dalam kawanan campur jantina dalam reban besar dalam keadaan
intensif, tetapi ada juga yang diternak lepas (ayam kampung). Ayam adalah salah
satu haiwan ternakan yang paling umum
RESEPI AYAM ASAM MASAK PAPRIK
BAHAN BAHAN
500 gm ayam dipotong kecil
Sedikit sotong, udang, daging
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
2 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Bawang merah,putih
dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik
bau, kemudian masukkan garam.
Masukkan sos tiram
dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan
hingga masak.
Masukkan daun
limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah
paprik.
No comments:
Post a Comment