Thursday, January 11, 2018

UDANG HARIMAU BERSOS

UDANG
Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG HARIMAU BERSOS


BAHAN BAHAN A
1 kg udang harimau
2 biji tomato, dibelah lapan
5 gm kulit kayu manis
50 gm tomato puri
150 ml krim
500 gm sayur bayam, dipetik daunnya sahaja
50 gm minyak sapi
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa     

BAHAN DIHIRIS
150 gm bawang besar
50 gm halia muda
50 gm bawang putih

BAHAN DIGAUL AIR
5 gm serbuk kunyit
5 gm garam masala
5 gm serbuk ketumbar
5 gm serbuk cili

PROSES PENYEDIAAN
Daun bayam dibersihkan kemudian dipotong halus. Panaskan minyak sapi dan tumis kulit kayu manis dan bahan-bahan yang dihiris halus. Kacau hingga naik baunya.

Masukkan tomato puri, buah tomato, serbuk rempah, krim dan daun bayam. Kacau hingga rata selama lima minit. Masukkan udang, garam dan gula. Kacau hingga rata, bila mendidih angkat dan hiaskan mengikut cita rasa tersendiri sebelum menghidang

No comments:

Post a Comment