Tuesday, January 09, 2018

RESEPI AYAM BERNENAS

Ayam pedaging atau ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu


RESEPI AYAM BERNENAS
BAHAN BAHAN
seekor ayam (anggaran 1 kg lebih)- diperap dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
sebiji nanas (potong kecil-kecil)- pastikan nanas telah dicelur dan ditos betul-betul

BAHAN-BAHAN DIKISAR:
30 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 biji tomato     
3 serai (diketuk)
bunga kantan (hiris halus)
3 sudu besar cili sos
sesudu besar tomato sos
gula
garam

PROSES PENYEDIAAN
Goreng ayam yang telah diperap hingga garing.bila dah garing,angkat dan toskan minyak.

tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.apabila dah pecah minyak,masukkan kedua-dua sos dan kacau hingga sebati.

kemudian masukkan serai dan bunga kantan.tunggu 2-3 minit,pastu baru masukkan sedikit gula dan garam (ikut suka kalau nak pedas atau manis.agak-agak dah cukup rasa masukkan ayam, kacau-kacaukan dan balik-balikkan ayam.

seterusnya masukkan nenas dan kacau 3-4 minit.kacau jangan terlalu lama sebab nanas pun dah masak(Bila nampak dah sebati tutup api)pastikan tak terlalu basah(nanti nampak benyek) atau terlalu kering

No comments:

Post a Comment