Wednesday, January 10, 2018

RESEPI AYAM GORENG BERMADU

Madu ialah sejenis manisan dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga. Kepelbagaian madu terhasil daripada lebah madu (genus Apis) ialah yang paling selalu menjadi rujukan dan jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia. Madu yang dihasilkan oleh lebah dan serangga lain mempunyai sifat berlainan.


RESEPI AYAM GORENG BERMADU
BAHAN BAHAN

1 ekor ayam
2 sm halia
½ sm lengkuas
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu makan ketumbar
8 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah      
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair
4 batang daun ketumbar
Minyak masak
Sedikit madu
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk kunyit

PROSES PENYEDIAAN
Potong ayam dan bersihkan. Kisar bawang merah, bawang putih, jintan putih dan manis, ketumbar, halia dan lengkuas. Gaulkan dengan ayam dan renjiskan dengan kicap cair, sos tiram dan madu.

Daun ketumbar dimayang kemudian digaulkan dengan ayam tersebut dan perap selama 1/2 jam. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan warnanya.

No comments:

Post a Comment