UDANG
Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro
= "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang
halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang
terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
UDANG MASAK TAUCU
BAHAN BAHAN
300 g udang (buang
kulitnya)
150 g taucu
3 biji cili merah
(dibelah dua)
2 labu bawang besar
] dihiris
1 batang serai ] 5 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih
] ditumbuk
2.5 sm halia ]
Asam jawa dan garam
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak
tumis bahan yang telah ditumbuk hingga wangi. Masukkan udang goreng hingga
masak, kemudian masukkan taucu yang telah dibasuh.
Tuangkan asam dan
garam. Bila mendidih masukkan cili merah, serai dan bawang besar. Biarkan
sebentar baru angkat.
No comments:
Post a Comment