Friday, January 12, 2018

GULAI LEMAK NANGKA & UDANG

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI GULAI LEMAK NANGKA & UDANG
BAHAN BAHAN
Buah Nangka - dipotong sekecil 2 jari
Kari Daging
Santan Kelapa
Garam secukup rasa
Bawang Putih - dikisar
Bawang Merah - dikisar
Jintan Manis - dikisar
Halia - dikisar
Daun Kari
Serbuk Kunyit   Udang hidup @ Ikan bilis

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan bahan-bahan yang dikisar, daun kari, serbuk kunyit ke dalam periuk.

Rebuskan bersama nangka sehingga empuk.  Setelah empuk nangka, masukkan udang, garam dan santan Kacau hingga sebati dan biarkan ianya mendidih.


Perlahankan api selama 5 minit.  Siap untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment