Tuesday, January 09, 2018

RESEPI AYAM BLACK PEPPER

Ayam pedaging atau ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.


RESEPI AYAM BLACK PEPPER
BAHAN BAHAN

¼ bhg ayam (3-4 ketul)
garam
minyak masak
air     

BAHAN GILING:
½ inci kunyit
½ inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 ulas bawang merah (atau ½ ulas bawang besar)
3 ulas bawang putih

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan ayam dan toskan. Panaskan dua sudu besar minyak masak.

Tumiskan bahan giling sehingga garing kemudian masukkan sedikit air.

Tambah sedikit garam dan kacau rata sebelum memasukkan ayam. Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.

No comments:

Post a Comment