Thursday, January 11, 2018

RESEPI UDANG SUMBAT

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.


RESEPI UDANG SUMBAT

BAHAN BAHAN
15 ekor udang besar
4 camca besar mentega
2 biji cili merah, dibuang biji dan dicincang
2 biji bawang merah, dicincang
½ camca teh pes biji sawi
1 camca besar sos ikan      
3 camca besar serbuk roti
1 pokok daun bawang, dikerat-kerat
1 camca besar mayonis
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Mentega cair

PROSES PENYEDIAAN
Buang kulit udang kecuali ekornya. Keluarkan urat hitam dan buka isinya supaya mudah disumbat. Cairkan separuh bahagian mentega da tumis cili serta bawang merah hingga wangi.

Angkat. Satukan tumisan cili bersama pes biji sawi, sos ikan, serbuk roti, daun bawang, mayonis, garam dan serbuk lada hitam. Kacau ia hingga rata. Sumbat cili pada belakang udang.

Apabila semua udang sudah disumbat, susun ia di dalam dulang beralas kertas timah, Renjis sedikit mentega cair. Bakar 10-15 minit pada suhu 180'c . Setelah masak hias masakan mengikut suka.

No comments:

Post a Comment