Monday, January 08, 2018

RESEPI AYAM MASAK HALIA BERSANTAN

AYAM PEDAGING
Ayam pedaging atau ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.

Oleh kerana ayam pedaging begini muda ketika disembelih, maka kelakuan dan fisiologinya seakan-akan burung yang belum dewasa. Disebabkan pemilihan artifisial untuk pertumbuhan awal cepat serta kaedah penternakan yang digunakan untuk tujuan itu, ayam pedaging terdedah kepada isu-isu kebajikan, terutamanya kebantutan dan kecacatan rangka, luka di kulit dan mata, serta keadaan sesak jantung.

Ayam pedaging juga dipelihara hingga matang dan tua tetapi tetap menghadapi isu kebajikan yang berkenaan dengan kesusahan hati disebabkan dorongan makan yang tinggi serta perapian paruh. Ayam pedaging biasanya diternak dalam kawanan campur jantina dalam reban besar dalam keadaan intensif, tetapi ada juga yang diternak lepas (ayam kampung). Ayam adalah salah satu haiwan ternakan yang paling umum

RESEPI AYAM MASAK HALIA BERSANTAN



BAHAN BAHAN
1 ekor ayam dipotong kecil.
2 cawan santan pekat        
1 inci halia.
4 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.
4 biji cili merah.
semua bahan-bahan ini tumbuk.[tidak terlalu lumat dan perap bersama ayam.]

PROSES PENYEDIAAN
santan dimasak hingga pecah minyak kemudian masukkan ayam yang telah diperap dengan garam gula serta bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.

gaul rata,kecilkan api ,masak selama 5 minit tambahkan air jika kuahnya agak kering.


rasakan garam gulanya dan biarkan kuahnya agak pekat baru angkat.bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment