Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro
= "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang
halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang
terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
RESEPI
UDANG GORENG TEPUNG
udang saiz
sederhana(buang kulit dan kepala, tinggalkan ekor shj)
minyak untuk
menggoreng( panaskan dgn api yg perlahan)
1 cawan tepung naik
sendiri
1 sudu kecil minyak
masak
1 biji telur
garam secukup rasa
air sedikit utk
bancuhan
serbuk kunyit
PROSES PENYEDIAAN
Udang dibersihkan
dan ditapis agar tidak berair.
Masukkan tepung
naik sendiri,telur,minyak masak,garam,serbuk kunyit kedalam mangkuk dan
masukkan air sedikit sedikit supaya tidak cair. Bancuhan hendaklah pekat.
Pegang udang
dibhgn ekor dan salutkan ia dgn bancuhan td dan jgn terlalu tebal.(pusing2kan
didlm bancuhan).
Goreng hingga
kekuningan.
No comments:
Post a Comment