Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro
= "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang
halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang
terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
RESEPI UDANG GORENG TEMPOYAK
½ kilo udang
(bersaiz besar/ sederhana)
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji lada merah
5 biji cili kecil
2 sudu tempoyak
minyak untuk
menumis
gula dan garam
secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
panaskan minyak dan
masukan hirisan bawang merah dan bawang putih, apabila sudah naik bau masukan
pula hirisan lada, selepas itu masukan pula tempoyak, goreng rata dan masukan
udang, kacau kemudian masukan garam dan gula secukup rasa, kacau hingga
kering..
No comments:
Post a Comment