Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro
= "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang
halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang
terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
RESEPI
UDANG SZECHUAN
2 sudu teh garam
1 sudu teh lada
hitam
2 sudu teh biji
lada szechuan
1 sudu teh gula
450gm udang
(sederhana besar-dibuang kulit)
2 sudu makan minyak
jagung
1 cili
merah(dibuang biji)
1 sudu teh
halia(diparut)
3 biji bawang
putih(di cincang)
spring onion(untuk
hiasan)
keropok udang(jika
suka)
PROSES PENYEDIAAN
Garam,lada
hitam,dan biji lada szechuan ditumbuk(agak kasar sikit)dan selepas itu masukkan
gula,campur kesemuanya.
Udang tadi dibersih
dan dibasuh dengan air sejuk dan tos supaya air bertakung.
Panaskan minyak di
kuali,masukkan udang berserta cili,halia dan bawang putih,goreng 4-5min sampai
udang bertukar warna.Masukkan bahan giling tadi,goreng selama 1-2min.Angkat dan
taburlah spring onion yang telah dihiris.
No comments:
Post a Comment