UDANG
Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro
= "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang
halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang
terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
RESEPI UDANG GAJUS
BAHAN BAHAN
½ kg Udang Harimau
¼ kg Gajus
Cili kering 10
tangkai (Potong 1 inci)
Bawang putih 3 ulas
(Diracik kecil2)
Halia diracik halus
Garam
BAHAN SOS
½ cawan sos tomato
2 sudu besar sos
tiram
2 sudu besar sos
chili
3 sudu besar kicap
manis
PROSES PENYEDIAAN
1. Gaul udang demgam
sedikit gaam & bawang putih. Goreng dang ankat.
2. Goreng gajus
hingga rangup dan angkat.
3. Goreng cili
kering (sekejap aje beberapa saat) dan angkat.
4. Campurkan bahan2
sos.
5. Tumis bawang
putih dan halia.
6. Masukkan sos.
Tumis sampai sos pekat sedikit.
7. Masukkan udang
goreng. Gaul sampai sebati.
8. Masukkan gajus
dan lada kering. Gaul dan angkat.
No comments:
Post a Comment