Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya
dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang
udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata
yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
RESEPI UDANG GALAH GORENG GARAM
BAHAN BAHAN
500g Udang Galah
sederhana besar
2 ketul serai
dihilis nipis
1 ketul halia
dihilis halus
2 camca besar garam
kasar
1 biji bawang merah
dihiris
1 biji bawang putih
dihiris
Tepung jagung
Lada putih
Ajinomoto
PROSES PENYEDIAAN
Udang ditabur
dengan garam, lada putih dan Ajinamoto. Selepas itu tepung jagung digaul dengan
udang. Panaskan minyak dan udang tersebut dimasukkan ke dalam kuali dan goreng
sekejap sahaja. Toskan udang apabila ia bertukar wanrna menjadi merah. (Ingat
jangan goreng terlalu lama)
No comments:
Post a Comment