Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya
dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang
udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata
yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
RESEPI UDANG BEREMPAH
BAHAN BAHAN
10 ekor udang besar
4 camca besar
rempah kari
6 helai daun kari
5 ulas bawang merah
atau 1 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih
(dihiris)
Halia sebesar ibu
jari (dihiris)
6 tangkai cili
kering (dihiris) 1 mangkuk santan pekat
5 ulas bawang merah
atau 1 labu bawang besar (dimayang)
2.5 sm kulit kayu
manis - bahan tumis
2 biji buah pelaga
- bahan tumis
2 kuntum bunga
cengkih - bahan tumis
2 kuntum bunga
lawang - bahan tumis
PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang dan
toskan. Campurkan bahan-bahan giling bersama rempah kari. Panaskan minyak.
Tumis bawang hingga wangi, masukkan rempah tumis dan kari, kemudian goreng
hingga garing. Masukkan santan dan garam secukup rasa.
No comments:
Post a Comment